Tuesday, July 22, 2008

Dapat tengok live cacing keluarkan telur

Malam semalam dalam pukum 9.30pm aku buka lampu , suprised cacing ada di atas jaring penutup. Rupanya tengah mengawan.



Lepas tu, kutip satu satu letak semula ke dalam medium. Hari ni decide nak bagi cacing makan sayur. Sayur sawi ada banyak yang dah layu. Aku koyak2kan dan taburkan ke atas medium. Dalam masa 1/2jam dah nampah cacing keluar seekor demi seekor.

Yang hairan tu cacing ni tak takut cahaya lampu flourosant. Selamba aje makan sayur. Tiba2 aku terpandang seekor cacing sedang bergerak perlahan2 naik ke atas sabut kelapa. Tergerak hati aku nak ambil gambar. Bila aku zoomkan, subhanallah ada telur cacing melekat di badan. Aku berjaya ambil beberapa keping gambar. Dah jadi photographer pro nampaknya.


2nd visit ke tempat Afandi

Masukkan cacing ke dalam medium

Geli??
mengeringkan tahi kambing

2 minggu lepas sebelah malam aku ke rumah afandi sebab dia tambah lagi 4 kilo cacing.

Wednesday, July 9, 2008

2nd session- day 3 Cacing merayap lagi



Lepas Suboh, dalam 6.30am, buka saja lampu dah nampak cacing merayap atas jaring besi. Nak explore kot apa ada kat luar. Cacing pagi2 dah bangun, mungkin masih yang berselimut bawah gebar......

Tuesday, July 8, 2008

Dari laci meja ke tanam tauge







Macam tak percaya dari laci terbiar boleh dijadikan tempat menanam tauge. Nak tahu rahsianya..
1. Ambil laci yang terbiar.
2. Alaskan dengan plastik agar laci tidak reput jika terkena air.
3. Ambil kacang hijau yang telah direndam semalaman dan tutupkan dengan tuala yang telah dilembabkan dengan air.
4. Letakkan ke dalam laci. Lembabkan tuala dengan air sekurang-kurangnya 4-6 kali sehari.
5. Selepas 3 hari tengok hasilnya. Selamat mencuba.

Monday, July 7, 2008

Petang di Alor Gajah









6pm, sempat singgah ke kampung Fen di Alor Gajah. Attach ada banyak gambar, details nanti update later.

1st Harvest


Rupabentuk baja cacing dengan high magnification. Interesting bukan?
Sebelum diasingkan
Menunggu giliran ke medium yang baru
Menapis baja - nak pastikan tak ada cacing masih terlepas dari pengasingan

6/7/08, 8am. Harvest cacing yang pertama setelah 21 hari diternak. Bemula dengan process pengasing cacing dan baja kompos. Kerjanya nampak mudah tetapi remeh. Bermula pengasingan cacing dengan baja kompos sehinggalah memasukkan medium yang baru dibancuh untuk 21 hari.....to be continued

Tuesday, July 1, 2008

Benih dah mula bercambah

kangkong
anak benih bendir bercambah

Kurang dari seminggu dah ada benih yang dah bercambah.

Recycle drower

Siap dah.


Kat belakang rumah ada almari lama yang dah hampir reput terutama di bahagian bawah. Sama wife angkat buang ke belakang rumah. Bila lihat drower ok, terlintas apa kata convert jadikan kebuk cacing. Apa lagi, cari lebihan kayu yang boleh dibuat kaki. Cari tukul besi, cari paku terus jadi McGyver.