Saturday, June 28, 2008

Hari ke-13

Aktiviti bila cacing kepanasan...
selepas 7 hari tinggal kulit tomato aje..lahapnya..


Hari ke13, cacing semakin aktif. Nak katakan di setiap bawah permukaan nipis medium ada cacing. Ada yang bergumpal2. Semalam ambil sayur bayam yang dah layu dan letakkan ke dalam medium. Korek beberapa lubang kambuskan dengan sayur sekali. Petang nanti nak cari sedikit tomato.

Wednesday, June 25, 2008

Al-Fatihah

Sahabat kita Saudara Hamidi Yusof telah kembali ke Rahmahtullah pada 23-06-08 jam 7.20am. Kepada yang mengenalinya semasa hidup, dapatlah kiranya disedekahkan Al-Fatihah. Apa yang disekeliling kita termasuklah diri sendiri adalah pinjaman dari Allah. Dia boleh ambil bila2 masa. Maka beringatlah. Usia muda bukan jaminan untuk hidup lebih lama. Usia tua apa lagi. Setiap apa yang kita usahakan hendaklah bermatlamat untuk mendapat keredhaan Allah. (FirmanNya : Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia selain untuk beribadah kepadaKu...)

Mini projek tanam Cili, Bendir & Sawi

Tanam Bendir dan Sawi
Bekas tanam Cili

Aku dah mula menyemai benih lada, bendir dan sawi kat sebelah tempat ternak cacing. Plan bila dah dapat baja cacing terus digunakan untuk pokok lada. Tengok hasilnya. Aku nak bandingkan growing rate baja cacing dengan tanpa baja.

Peluang ternak cacing tanpa modal

Maklumat terbaru diterima ada satu skim yang masih dalam peringkat awal yang menawarkan pakej ternak cacing 10kg tanpa modal dengan syarat mempunyai tempat dan calon hendaklah melepasi temuduga. Hasil jualan cacing dan baja dijual semula kepada pembekal. Menarik bukan. Ni kalau bagi alasan lagi tak ada modal boleh sembelih aje......
Maklumat terbaru:
Terdapat masalh teknikal yang melibatkan pembekal dan peserta yang mana rules and regulation tak clear lagi. KIV dule sehingga diberitahu.

Hari ke-10


Pagi-pagi dah mengadap cacing.
Setiap hari sebelum masuk kerja kena tengok pemangsa seperti
semut masuk ke dalam medium
Cacing sedang memakan kertas surat khabar. Antara makanan kegemaran.

Thursday, June 19, 2008

Hari ke-4

Hari ni hari ke-4 sejak Ahad lepas. Sejak hari Isnin, hari2 kena spray permukaan medium kerana permukaan cepat kering kerana berhadapan matahari apabila matahari terbit. Cacing nampaknya serasi dengan medium. Sekali-sekali nampak cacing naik ke permukaan atas semasa tiada cahaya. Aku ada buat satu eksperimen dengan menggunakan kertas diletakkan atas medium. Alangkah terperanjatnya cacing berkumpul sambil memakan kertas, gemuk2 pulak tu. Hari ke-7, plan nak gaulkan kertas dengan medium agar cacing cepat bertelur.

Tuesday, June 17, 2008

Lawatan ke Ternakan Cacing di Merlimau




Gambar2 semasa melawat ke kawasan ternakan cacing di Merlimau. Tak sempat nak ulas, tengok gambar aje la...