Tuesday, July 22, 2008

Dapat tengok live cacing keluarkan telur

Malam semalam dalam pukum 9.30pm aku buka lampu , suprised cacing ada di atas jaring penutup. Rupanya tengah mengawan.



Lepas tu, kutip satu satu letak semula ke dalam medium. Hari ni decide nak bagi cacing makan sayur. Sayur sawi ada banyak yang dah layu. Aku koyak2kan dan taburkan ke atas medium. Dalam masa 1/2jam dah nampah cacing keluar seekor demi seekor.

Yang hairan tu cacing ni tak takut cahaya lampu flourosant. Selamba aje makan sayur. Tiba2 aku terpandang seekor cacing sedang bergerak perlahan2 naik ke atas sabut kelapa. Tergerak hati aku nak ambil gambar. Bila aku zoomkan, subhanallah ada telur cacing melekat di badan. Aku berjaya ambil beberapa keping gambar. Dah jadi photographer pro nampaknya.


2nd visit ke tempat Afandi

Masukkan cacing ke dalam medium

Geli??
mengeringkan tahi kambing

2 minggu lepas sebelah malam aku ke rumah afandi sebab dia tambah lagi 4 kilo cacing.

Wednesday, July 9, 2008

2nd session- day 3 Cacing merayap lagi



Lepas Suboh, dalam 6.30am, buka saja lampu dah nampak cacing merayap atas jaring besi. Nak explore kot apa ada kat luar. Cacing pagi2 dah bangun, mungkin masih yang berselimut bawah gebar......

Tuesday, July 8, 2008

Dari laci meja ke tanam tauge







Macam tak percaya dari laci terbiar boleh dijadikan tempat menanam tauge. Nak tahu rahsianya..
1. Ambil laci yang terbiar.
2. Alaskan dengan plastik agar laci tidak reput jika terkena air.
3. Ambil kacang hijau yang telah direndam semalaman dan tutupkan dengan tuala yang telah dilembabkan dengan air.
4. Letakkan ke dalam laci. Lembabkan tuala dengan air sekurang-kurangnya 4-6 kali sehari.
5. Selepas 3 hari tengok hasilnya. Selamat mencuba.

Monday, July 7, 2008

Petang di Alor Gajah









6pm, sempat singgah ke kampung Fen di Alor Gajah. Attach ada banyak gambar, details nanti update later.

1st Harvest


Rupabentuk baja cacing dengan high magnification. Interesting bukan?
Sebelum diasingkan
Menunggu giliran ke medium yang baru
Menapis baja - nak pastikan tak ada cacing masih terlepas dari pengasingan

6/7/08, 8am. Harvest cacing yang pertama setelah 21 hari diternak. Bemula dengan process pengasing cacing dan baja kompos. Kerjanya nampak mudah tetapi remeh. Bermula pengasingan cacing dengan baja kompos sehinggalah memasukkan medium yang baru dibancuh untuk 21 hari.....to be continued

Tuesday, July 1, 2008

Benih dah mula bercambah

kangkong
anak benih bendir bercambah

Kurang dari seminggu dah ada benih yang dah bercambah.

Recycle drower

Siap dah.


Kat belakang rumah ada almari lama yang dah hampir reput terutama di bahagian bawah. Sama wife angkat buang ke belakang rumah. Bila lihat drower ok, terlintas apa kata convert jadikan kebuk cacing. Apa lagi, cari lebihan kayu yang boleh dibuat kaki. Cari tukul besi, cari paku terus jadi McGyver.

Saturday, June 28, 2008

Pokok Lada


Aku beli pokok lada dari nurseri berdekatan, nak cuba pakai baja cacing. Agaknya boleh gemuk lagi tak?

Mini projek tambahan ; tanam Kangkung, tomato & terung





Pagi2 anak aku teruja menolong aku tanam biji benih. Dari masukkan tanah ke poli beg hinggalah sampai bab siram pokok.

Hari ke-13

Aktiviti bila cacing kepanasan...
selepas 7 hari tinggal kulit tomato aje..lahapnya..


Hari ke13, cacing semakin aktif. Nak katakan di setiap bawah permukaan nipis medium ada cacing. Ada yang bergumpal2. Semalam ambil sayur bayam yang dah layu dan letakkan ke dalam medium. Korek beberapa lubang kambuskan dengan sayur sekali. Petang nanti nak cari sedikit tomato.

Wednesday, June 25, 2008

Al-Fatihah

Sahabat kita Saudara Hamidi Yusof telah kembali ke Rahmahtullah pada 23-06-08 jam 7.20am. Kepada yang mengenalinya semasa hidup, dapatlah kiranya disedekahkan Al-Fatihah. Apa yang disekeliling kita termasuklah diri sendiri adalah pinjaman dari Allah. Dia boleh ambil bila2 masa. Maka beringatlah. Usia muda bukan jaminan untuk hidup lebih lama. Usia tua apa lagi. Setiap apa yang kita usahakan hendaklah bermatlamat untuk mendapat keredhaan Allah. (FirmanNya : Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia selain untuk beribadah kepadaKu...)

Mini projek tanam Cili, Bendir & Sawi

Tanam Bendir dan Sawi
Bekas tanam Cili

Aku dah mula menyemai benih lada, bendir dan sawi kat sebelah tempat ternak cacing. Plan bila dah dapat baja cacing terus digunakan untuk pokok lada. Tengok hasilnya. Aku nak bandingkan growing rate baja cacing dengan tanpa baja.

Peluang ternak cacing tanpa modal

Maklumat terbaru diterima ada satu skim yang masih dalam peringkat awal yang menawarkan pakej ternak cacing 10kg tanpa modal dengan syarat mempunyai tempat dan calon hendaklah melepasi temuduga. Hasil jualan cacing dan baja dijual semula kepada pembekal. Menarik bukan. Ni kalau bagi alasan lagi tak ada modal boleh sembelih aje......
Maklumat terbaru:
Terdapat masalh teknikal yang melibatkan pembekal dan peserta yang mana rules and regulation tak clear lagi. KIV dule sehingga diberitahu.

Hari ke-10


Pagi-pagi dah mengadap cacing.
Setiap hari sebelum masuk kerja kena tengok pemangsa seperti
semut masuk ke dalam medium
Cacing sedang memakan kertas surat khabar. Antara makanan kegemaran.

Thursday, June 19, 2008

Hari ke-4

Hari ni hari ke-4 sejak Ahad lepas. Sejak hari Isnin, hari2 kena spray permukaan medium kerana permukaan cepat kering kerana berhadapan matahari apabila matahari terbit. Cacing nampaknya serasi dengan medium. Sekali-sekali nampak cacing naik ke permukaan atas semasa tiada cahaya. Aku ada buat satu eksperimen dengan menggunakan kertas diletakkan atas medium. Alangkah terperanjatnya cacing berkumpul sambil memakan kertas, gemuk2 pulak tu. Hari ke-7, plan nak gaulkan kertas dengan medium agar cacing cepat bertelur.

Tuesday, June 17, 2008

Lawatan ke Ternakan Cacing di Merlimau




Gambar2 semasa melawat ke kawasan ternakan cacing di Merlimau. Tak sempat nak ulas, tengok gambar aje la...

Sunday, June 15, 2008

Day "0"




Petang tadi ke Tehel beli cacing. Balik rumah selepas solat Maghrib terus bahagikan cacing kepada 2. Jumlah berat medium ~ 21 kg untuk 21 hari. Kemudian lepaskan berapa ekor nak tengok respond. Cacing terus masuk ke dalam tanah. Ini menunjukkan campuran adalah betul dah sesuai untuk cacing. Apa lagi, cacing dilepaskan peringkat demi peringkat agar dapat populasi yang sekata. Selepas itu, ambil jaring dawai sebagai penutup sementara. Esok nak design penutup baru macam "LockmanCing". Pagi tadi masa ada di kampung Pagoh, dapat korek cacing ~100gram. Setelah dicampurkan medium, bahagian atas di letak kertas surat khabar. Kita tengok apa yang jadi esok.