Saturday, June 28, 2008

Pokok Lada


Aku beli pokok lada dari nurseri berdekatan, nak cuba pakai baja cacing. Agaknya boleh gemuk lagi tak?

Mini projek tambahan ; tanam Kangkung, tomato & terung





Pagi2 anak aku teruja menolong aku tanam biji benih. Dari masukkan tanah ke poli beg hinggalah sampai bab siram pokok.

Hari ke-13

Aktiviti bila cacing kepanasan...
selepas 7 hari tinggal kulit tomato aje..lahapnya..


Hari ke13, cacing semakin aktif. Nak katakan di setiap bawah permukaan nipis medium ada cacing. Ada yang bergumpal2. Semalam ambil sayur bayam yang dah layu dan letakkan ke dalam medium. Korek beberapa lubang kambuskan dengan sayur sekali. Petang nanti nak cari sedikit tomato.

Wednesday, June 25, 2008

Al-Fatihah

Sahabat kita Saudara Hamidi Yusof telah kembali ke Rahmahtullah pada 23-06-08 jam 7.20am. Kepada yang mengenalinya semasa hidup, dapatlah kiranya disedekahkan Al-Fatihah. Apa yang disekeliling kita termasuklah diri sendiri adalah pinjaman dari Allah. Dia boleh ambil bila2 masa. Maka beringatlah. Usia muda bukan jaminan untuk hidup lebih lama. Usia tua apa lagi. Setiap apa yang kita usahakan hendaklah bermatlamat untuk mendapat keredhaan Allah. (FirmanNya : Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia selain untuk beribadah kepadaKu...)

Mini projek tanam Cili, Bendir & Sawi

Tanam Bendir dan Sawi
Bekas tanam Cili

Aku dah mula menyemai benih lada, bendir dan sawi kat sebelah tempat ternak cacing. Plan bila dah dapat baja cacing terus digunakan untuk pokok lada. Tengok hasilnya. Aku nak bandingkan growing rate baja cacing dengan tanpa baja.

Peluang ternak cacing tanpa modal

Maklumat terbaru diterima ada satu skim yang masih dalam peringkat awal yang menawarkan pakej ternak cacing 10kg tanpa modal dengan syarat mempunyai tempat dan calon hendaklah melepasi temuduga. Hasil jualan cacing dan baja dijual semula kepada pembekal. Menarik bukan. Ni kalau bagi alasan lagi tak ada modal boleh sembelih aje......
Maklumat terbaru:
Terdapat masalh teknikal yang melibatkan pembekal dan peserta yang mana rules and regulation tak clear lagi. KIV dule sehingga diberitahu.

Hari ke-10


Pagi-pagi dah mengadap cacing.
Setiap hari sebelum masuk kerja kena tengok pemangsa seperti
semut masuk ke dalam medium
Cacing sedang memakan kertas surat khabar. Antara makanan kegemaran.

Thursday, June 19, 2008

Hari ke-4

Hari ni hari ke-4 sejak Ahad lepas. Sejak hari Isnin, hari2 kena spray permukaan medium kerana permukaan cepat kering kerana berhadapan matahari apabila matahari terbit. Cacing nampaknya serasi dengan medium. Sekali-sekali nampak cacing naik ke permukaan atas semasa tiada cahaya. Aku ada buat satu eksperimen dengan menggunakan kertas diletakkan atas medium. Alangkah terperanjatnya cacing berkumpul sambil memakan kertas, gemuk2 pulak tu. Hari ke-7, plan nak gaulkan kertas dengan medium agar cacing cepat bertelur.

Tuesday, June 17, 2008

Lawatan ke Ternakan Cacing di Merlimau




Gambar2 semasa melawat ke kawasan ternakan cacing di Merlimau. Tak sempat nak ulas, tengok gambar aje la...

Sunday, June 15, 2008

Day "0"




Petang tadi ke Tehel beli cacing. Balik rumah selepas solat Maghrib terus bahagikan cacing kepada 2. Jumlah berat medium ~ 21 kg untuk 21 hari. Kemudian lepaskan berapa ekor nak tengok respond. Cacing terus masuk ke dalam tanah. Ini menunjukkan campuran adalah betul dah sesuai untuk cacing. Apa lagi, cacing dilepaskan peringkat demi peringkat agar dapat populasi yang sekata. Selepas itu, ambil jaring dawai sebagai penutup sementara. Esok nak design penutup baru macam "LockmanCing". Pagi tadi masa ada di kampung Pagoh, dapat korek cacing ~100gram. Setelah dicampurkan medium, bahagian atas di letak kertas surat khabar. Kita tengok apa yang jadi esok.

Lawatan ke rumah sahabat di Serkam






Malam Ahad ada kenduri di rumah abah di Pagoh. Pagi Ahad baru balik. Dalam perjalanan balik ke Melaka, singgah di rumah Lokman di Serkam. Lepas minum di rumah terus ke tapak ternak cacing di rumah bapanya lebih kurang 5 minit dari rumah. Dapat jumpa dengan bapa di depan dan terus ke belakang rumah. Terdapat bangsal yang dibina khas untuk ternak cacing. Sekelilingnya terbuka tapi ditutup dengan jaring besi. Keliling rumah banyak pokok kelapa dan di belakang menghadap laut yang dilindungi oleh pokok kayu bakau. Oleh kerana kat sana banyak suku sakat Darwin (monyet), kenalah cover dengan jaring besi. Anak aku excited terutama Hidayah kerana hanya dia seorang berani pegang cacing. Sebelum balik sempat jumpa mak Lokman sedang membuat dodol. Aku ingat buat dodol secara manual, impress sebab sekarang pakai mesin. Azam dah menregek nak balik, pendekkan cerita terus balik.

Friday, June 13, 2008

Ternakan cacing di dapur



Di UK penternakan cacing telah lama bermula bertujuan untuk mengurang bahan buagan sisa di dapur rumah. Berbagai2 product dipasaran dengan bermacam2 bentuk untuk menternak cacing. Antaranya ialah dengan menggunakan berkas bertingkat. Sisa makanan akan mula diisi dari tingkat bawah kemudian ke tingkat seterusnya. Cacing akan mula memakan makanan di bawah. Setelah habis, cacing akan mula bergerak ke tingat atas. Bila sisa makanan telah dipenuh diisi di bahagian atas sekali, bahagian bawah boleh diambil sebagai baja dan boleh dikosongkan. Sesudah kosong, bahagian bawah akan diletakkan di atas sekali dengan diisi dengan sisa buangan. Kitaran ini akan bermula semula sampai bila2. Menarik kan?

Tuesday, June 10, 2008

Ke Tehel

Malam semalam sempat aku ke Tehel jumpa dengan Suhaimi. Rupanya dia dan partner masih bekerja di sebuah syarikat swasta. Masa aku sampai ke sana, dia sedang buat 5s dan cuma ada beberapa kebuk cacing yang tinggal. Bila ditanya, mana yang lain dia kata kebanyakannya dia telah pindahkan ke tempat baru berdekatan dengan tempat sekarang. Dia jual satu set (boleh muatkan 2 kg cacing dan medium) dengan harga RM60. Set kebuk direka agar boleh diletakkan di antara satu sama lain untuk menjimatkan kawasan. Satu lagi tip yang aku dapat ialah di atas medium tanah, dia letakkan satu bekas kecil berisi cecair serai wangi. Rupanya ia boleh digunakan untuk menghalau serangga dan binatang yang boleh terbang hinggap di atas tanah. Aku dah set dengan dia nak ambil cacing hari Sabtu ini.

Monday, June 9, 2008

Progress

Dah lama aku tak update blog cacing ni. Tengah hangat dengan blog project ketam nipah. Pada minggu lepas aku berkunjung ke rumah Afandi 2x. Kali pertama aku ke sana nak tengok progress project cacing. Aku impress sebab progress memberangsangkan. Dah makin banyak gadget2 seperti penapis baja dan lampu suluh yang lekat kat dahi (macam nak pergi toreh getah pagi2). Aku tak dapat ambil gambar sebab camera rosak. Sebelum balik aku angkat kotak tempat cacing masuk belakang kereta. Ngam2 aje. Bila sampai rumah terus angkat letakkan digaraj kereta. Kali kedua aku datang dengan isteri dan anak aku sebab nak ambil tahi kambing untuk dicampurkan dengan medium. Aku pesan kat Fandi dapatkan aku tahi kambing mentah so aku boleh cuba proses, nak tengok macamana susah.

To be continue....

Monday, June 2, 2008

Recommendations for red worm's breeding

The first thing you has to do is prepare the terrain (the breeding place).For a person without any experience about, we recommend to get some dry leafs form a non resinous tree, put them in a recipient, and fill it with water so the leafs the maximum possible of humidity. Leave the leafs in the water for 24hs and then, thru them in a humid corner in the ground or in some recipient that don't accumulate water but conserve the humidity. You can add wet paper to this. Taking care of humidity (80%), in a few days it becomes in a perfect food to the worms.Dry leafs degrades quickly, and the paper (with the proper humidity) can be consumed by the worms without prior degradation. This two aliments don't need any special or complex treatment, they can be consumed by the worms without having any problem or repel.Other recommended aliments are the used tea and other domestic herbs like tea. Remember that the most important thing is to conserve the humidity but taking care to don't make water accumulation because inundations can scare and even kill the worms.Also, you has to take care about the PH of the aliment, this can oscillate between 6.2 and 7.8 approximate, and a PH 7 will be the ideal. But if you use just leafs and paper you won't have any problem with this.For any other aliment, you has to take in count that it has to get thru the fermentation process before giving it to the worms. Worms die in extreme alkaline or acid conditions.The best way to check if the aliment is ready for the worms is with the next method:Put some of this new aliment in a small recipient, then, put a few worms over the aliment and expose them to solar light. If the worms get in the food quickly and don't get out of the recipient un a few minutes, the new aliment is OK. But if the worms don't get in and run away from the recipient, the aliment is not ready and It may be mortal. Is recommendable to make this test for every new type of aliment.The ideal temperature for Californian red worms breeding is 21 centigrade degrees, but they can survive in temperatures form 0 to 41 centigrade degrees, so, they can be breed in outdoors conditions in any place with moderated temperatures.Worms reproduction happens in temperatures between 14 and 27 centigrade degrees, being 21 centigrade degrees the optimum temperature for a maximum reproduction. This can be checked with a simple home thermometer.Under ideal circumstances, the worms population can double his size in a month. Take in count that Californian red worms get coupled regularly every 7 days depositing one cocoon each one, and under ideal circumstances, can burn until 20 new worms from each cocoon. This new worms will get their sexual maturation at the age of two months, and they'll get coupled every 7 days for the rest of his life (15 years.)
source: http://www.vermiculturemanual.com/en/manual/advices.html

Sunday, June 1, 2008

Ternakan Cacing Kompos

Ternakan Cacing Kompos

Utk makluman Cacing Harimau (Tiger Worm / Eisenia Foetida) adalah salah-satu species cacing yg tergolong didlm kumpulan cacing kompos / pengomposan. Selain itu beberapa spesies yg sesuai digunapakai utk industri Vermikultur / Vermikompos dlm keadaan negara Malaysia termasuk:

1. Cacing Merah (Red Worm / Lumbricus Rubellus).
2. African Nightcrawlers / Eudrillus Eugeniae.
4. Pheretima Elongata.
5. Cacing Biru (Blue Worm / Perionyx Excavatus).

Setiap satu spesies di atas ada kebaikan / kelemahan yg perlu diambilkira bergantung atas objektif sebenar masing2.

Contoh Bekas untuk menternak cacing kompos adalah 15 kakiX 60 kaki untuk skala besar.
Makanan bagi cacing ternakan adalah semua jenis sisa organik i.e. sisa kandang, sisa pertanian, sisa dapur, sisa industri dll asalkan ianya organik boleh diguna-pakai & dimanfaatkan sebagai bahan makanan dlm sistem Vermicomposting. TETAPI, setiap satu perlu diSTABILKAN.
Sisa makanan TIDAK SEMESTINYA membiakkan ulat. Kalau lalat mula bertelor & membiak bermakna sistem sdr:

1. Terlalu basah.
2. Berbau busuk.
3. Masam / Acidic pH rendah dll.

Kalau media terlalu basah ia akan menjadi “anaerobic” (tidak beroksigen) dan menggalakan bakteria penghurai nitrogen (anaerobic microbes) dan mengakibat fermentasi kpd sisa buangan tsb. Bau busuk itu adalah ammonia yg dikeluarkan hasil penghuraian nitrites.
Cadangan cara mengatasinya:
1. Kawal kelembapan media - kalau terlalu basah, taburkan & gaul “bulking agent” spt kertas carik (shredded paper), habuk sabut kelapa (cocopeat) dsb utk menyerap kelembapan.
2. Sistem perlu ditutup dengan jaring halus utk mengelakkan lalat & perosak2 lain.
3. Makanan diletakkan cuma di permukaan shj utk mengelakkan fermentasi. Jangan dibenamkan dlm media.
4. Jgn beri makan terlalu berlebihan (overload). Jumlah makanan seharusnya seimbang dgn jumlah cacing.

Walaubagaimanapun, cara utk skala kecil2an dan skala besar agak berbeza bergantung kpd keadaan setempat.
Dari dlm rumah (sisa dapur):
1. Lebihan sayur dedaun & kulit buah2an (di bilas dulu - elakkan sisa bahan kimia. elakkan kulit limau)
2. Lebihan Nasi (di bilas dulu - jgn bercampur minyak / kari / sambal dll)
3. Hampas teh & kopi. Ni favourite dia (di bilas gulanya dulu - elakkan semut)
4. Kulit telur yg di hancur halus.
5. Lebihan roti walaupun dah berkulat, pizza dll (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)
6. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.
7. Kertas bungkusan (jgn berminyak)

Dari luar rumah (sisa laman):
1. Dedaun & rumput kering (kalu boleh dicarik dulu. Lebih kecil lebih baik)
2. Dedaun & rumput hijau (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)
3. Buah2an yg luruh & rosak.

Dari pejabat:
1. Kertas yg dicarik (elakkan yg berwarna & dicetak dgn “inkjet”)
2. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.

Dari persekitaran berdekatan kita (sambil2 kita berulang-alik):
1. Hampas tebu, pisang dll dari warung2 (di bilas gulanya dulu - elakkan semut & getah).
2. Sisa sayur2an, buah2an dll dari pasar, kedai runcit dll.
3. Kalu di utara mungkin mudah mendapatkan Jerami padi dll.

Kalu boleh bahan2 ini dikumpul setempat dan dikomposkan sedikit agar ia “menapai” dulu dan tidak panas bila diberi makan ke cacing.
HARAP MAKLUM: Yg sy terangkan di sini cuma sesuai digunapakai utk SKALA KECIL ya. Jika SKALA MENENGAH ATAU BESAR caranya agak berlainan.

Ehsan : Oleh harizamrry