Tuesday, June 10, 2008

Ke Tehel

Malam semalam sempat aku ke Tehel jumpa dengan Suhaimi. Rupanya dia dan partner masih bekerja di sebuah syarikat swasta. Masa aku sampai ke sana, dia sedang buat 5s dan cuma ada beberapa kebuk cacing yang tinggal. Bila ditanya, mana yang lain dia kata kebanyakannya dia telah pindahkan ke tempat baru berdekatan dengan tempat sekarang. Dia jual satu set (boleh muatkan 2 kg cacing dan medium) dengan harga RM60. Set kebuk direka agar boleh diletakkan di antara satu sama lain untuk menjimatkan kawasan. Satu lagi tip yang aku dapat ialah di atas medium tanah, dia letakkan satu bekas kecil berisi cecair serai wangi. Rupanya ia boleh digunakan untuk menghalau serangga dan binatang yang boleh terbang hinggap di atas tanah. Aku dah set dengan dia nak ambil cacing hari Sabtu ini.

No comments: