Sunday, June 15, 2008

Lawatan ke rumah sahabat di Serkam






Malam Ahad ada kenduri di rumah abah di Pagoh. Pagi Ahad baru balik. Dalam perjalanan balik ke Melaka, singgah di rumah Lokman di Serkam. Lepas minum di rumah terus ke tapak ternak cacing di rumah bapanya lebih kurang 5 minit dari rumah. Dapat jumpa dengan bapa di depan dan terus ke belakang rumah. Terdapat bangsal yang dibina khas untuk ternak cacing. Sekelilingnya terbuka tapi ditutup dengan jaring besi. Keliling rumah banyak pokok kelapa dan di belakang menghadap laut yang dilindungi oleh pokok kayu bakau. Oleh kerana kat sana banyak suku sakat Darwin (monyet), kenalah cover dengan jaring besi. Anak aku excited terutama Hidayah kerana hanya dia seorang berani pegang cacing. Sebelum balik sempat jumpa mak Lokman sedang membuat dodol. Aku ingat buat dodol secara manual, impress sebab sekarang pakai mesin. Azam dah menregek nak balik, pendekkan cerita terus balik.

No comments: